On 14 Jun 2020 19:47, kamal@live.com.my wrote:
Dengan pergolakan politik yang sedang berlaku di negara kita sejak awal tahun ini, khususnya dengan perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 (buat kali kedua) beliau secara terburu-buru telah menyebabkan segolongan ahli politik mengambil kesempatan dengan tindakkan gelojoh merampas dan menubuhkan 'Kerajaan Pintu Belakang' secara tidak beretika. Jingga 13 Malaysia hari ini mendesak agar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad tidak lagi membuat sebarang tindakan yang akan menganggu-gugat dan mengeruhkan lagi keadaan politik negara ini kerana pihak Pakatan Harapan buat masa ini terpaksa membaik pulih keadaan dek akibat beberapa individu telah berpaling tadah terhadap parti masing-masing demi habuan duit dan jawatan.Tidak dinafikan kita dapat menilai sendiri di dalam Parti Keadilan Rakyat, di mana ahli-ahli dan juga pemimpin-pemimpin telah meninggalkan parti demi kepentingan poket sendiri.Terkini, mantan Perdana Menteri itu berhasrat agar diberi mandat tempoh masa 6 bulan untuk kembali menjadi perdana menteri buat kali yang ke-3.Jingga 13 Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan tersebut oleh kerana pergolakan yang terjadi di negara ini berpunca dari diri beliau sendiri tanpa perbincangan secara mendalam dengan ahli komponen parti-parti lain yang berada di bawah bendera Pakatan Harapan.Semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 bulan, beliau hanya fokus untuk mengutamakan imbuhan dan jawatan kepada segolongan individu-individu di sekelilingnya dan memungkiri perkara yang beliau janji sebelum pilihanraya umum ke-14. Akhirnya, ramai di antara mereka menjadi 'gunting dalam lipatan' bekerja untuk merosakkan PH dari dalam.Perjanjian utama yang paling penting adalah tentang peralihan kuasa, jawatan beliau kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim . Namun beliau bertangguh-tangguh malah tidak mengkotakan perjanjian tersebut dan ini telah memberi ruang untuk berlakunya pengkhianatan sehingga tertubuhnya kerajaan pintu belakang.Jingga 13 Malaysia turut berpendapat agar sebaiknya beliau memberi perhatian dengan mengorbankan masa dan tenaga beliau untuk membaik pulih keadaan politik dalaman Pakatan Harapan dan juga menanam semula kepercayaan rakyat jelata untuk memberikan mandat mereka dalam pilihanraya umum yang bakal tiba.Tun Mahathir harus belajar dari kesilapan lampau dan mencari jalan penyelesaian secara betul pada kali ini kerana pada asalnnya, penyelesaian yang terbaik sudah pun dikenal pasti tetapi tidak dikotakan olehnya sebelum ini.Walaupun secara sinis, beliau seharusnya tidak membuat cadangan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru – 'Parti AAD (Parti Apa Aku Dapat) seperti yang dikatakan olehnya di blognya dengan menjanjikan pendapatan lumayan kepada ahli. Walaupun bertujuan untuk membidas Perikatan Nasional (PN), tetapi kata-katanya itu tampak mengiyakan strategi dan mengaitkan beliau dengan politik kotor tersebut sebagai 'alah bisa tegal biasa'. Makanan ruji politik beliau sendiri. Jingga 13 Malaysia menolak keras politik seperti ini meskipun menyifatkan tindakan seperti ini hanya satu umpan bagi mendapatkan ahli yang banyak, barisan pemimpin yang akan berkhidmat kepada rakyat demi jawatan dan wang sahaja.Selain itu, dengan tindakan beliau ini, seandainya dengan adanya parti baru ini, ia hanya akan menyusahkan lagi Pakatan Harapan oleh kerana apabila pilihanraya umum tiba, undi yang di buang akan pecah; selain dari itu, ia akan memberi kesan negatif kepada para pengundi.Tibanya masa untuk Tun Mahathir korbankan hajatnya, yang tidak akan kesampaian bahawasa nya untuk enam bulan untuk jadi Perdana Menteri. Sila lah korbankan hajat tersebut demi rakyat dan negara sekiranya Tun masih mahu selamatkan Negara tercinta ini.Mikhael IskhandaarTimbalan Koordinator Jingga 13 Malaysiaalambentara@gmail.com0129155336