Form 5 Assignment

Nama : Muhammad Nor Hakim Bin Mohd Kamal


NO I/C : 930119145663

Tajuk lisan : Ceramah

Tajuk Ceramah : MUHIBAH MEMBENTUK PERPADUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Nuraihan bt Yaakob selaku guru kelas 5 Bakti , yang dihormati Nor Shah Nazrin Ketua Kelas 5 Bakti dan pemangkunya saraswathi . Tidak dilupakan juga kepada rakan–rakan seperjuangan .

Hadirin sekalian ,

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya saya berada di sini bersama saudara saudari.Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan ceramah yang bertajuk ,“Muhibah Membentuk Perpaduan“.Apakah itu muhibah ? Muhibah bererti hubungan mesra pelbagai kaum dalam sesebuah masyarakat yang bersatu . Merujuk pada rakyat Malaysia, amalan muhibah amat penting untuk membentuk perpaduan kaum . Tanpa semangat muhibah berbagai-bagai masalah akan timbul dalam sesebuah negara yang berbilang kaum ini .

Muhibah dapat diwujudkan dengan pelbagai cara antaranya , dengan mengadakan aktiviti gotong-royong , bersukan , mengadakan rumah terbuka ketika perayaan-perayaan kaum di Malaysia . Semangat setia kawan dan persefahaman antara kaum dapat di pupuk ketika aktiviti tersebut dijalankan .

Rakan-rakan yang saya hormati

Sikap bertanggungjawab kepada negara haruslah dipupuk dalam diri setiap individu sejak di bangku sekolah lagi . Sikap ini akan melahirkan rakyat yang cinta akan negara . Apabila kita cinta akan negara , maka semangat muhibah antara kaum dengan sendirinya akan wujud .

Lima prinsip Rukun Negara juga haruslah dijadikan landasan serta amalan hidup kita sehari-harian. Setiap kaum harus ada perasaan cinta akan negara dan bersungguh-sungguh untuk membentuk perpaduan . Apabila ada perasaan muhibah ini , maka mudahlah pihak kerajaan menjalankan pembangunan untuk rakyat .

Akhir kata , marilah kita sama-sama menanam semangat muhibah dalam diri masing-masing untuk membentuk perpaduan demi keamanan kita semua .

Sekian, terima kasih