Assighment Tingkatan Lima SMCKL 2010

Wawancara - Mohd.Nur Hakim  

Afiq telah mendapat arahan daripada ketua editor untuk mewawancara seorang usahawan muda yang telah berjaya menghasilkan perabot-perabot dan krafrangan hingga mendapat pasaran luar negeri. Yang berikut ialah isi wawancara saya dengan usahawan tersebut, iaitu Encik Hakim .


Afiq: Selamat sejahtera, hakim.

Encik Hakim : Selamat sejahtera. Silakan duduk.

Afiq : Terima kasih. Terlebih dahulu rubuan terima kasih saya ucapkan kerana kesudian Encik Hakim untuk diwawancara. Bagaimanakah Encik Hakim mula melibatkan diri dalam bidang pembuatan perabot dan kraftangan ini?

Encik Hakim : Sebenarnya, cita-cita saya ialah menjadi arkitek. Walau bagaimanapun, setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni halus dan perabot di Itali, saya terpaksa melupakan cita-cita itu. Setelah menamatkan pengajian, minat saya untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh sebab itulah, saya memberanikan diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini.

Afiq : Bagaimanakah timbulnya minat Encik Hakim untuk melibatkan diri dalam bidang ini?

Encik Hakim : Pada mulanya saya kurang meminati bidang ini, tetapi setelah mengikuti pengajian dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada barang-barang perabot dan kraftangan, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri.

Afiq : adakah Encik Hakim sendiri yang membuka perniagaan ini?

Encik Hakim : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini. Saya dibantu oleh tiga orang sahabat yang secara kebetulan mempunyai minat yang sama seperti saya. Walau bagaimanapun, selepas setahun hanya tinggal saya seorang yang menguruskan perniagaan ini sepenuh masa. Sahabat-sahabat saya telah membuka perniagaan masing-masing. Kini, perniagaan ini saya miliki sepenuhnya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja.

Afiq : Apakah masalah yang Encik Hakim hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?

Encik Hakim : Masalah utama ialah mendapatkan modal yang secukupnya. Namun begitu, masalah ini dapat saya atasi melalui pinjaman bank. Masalah-masa lain termasuklah persaingan dengan pengusaha perabot yang lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir dan kreatif, dan pasaran yang terhad juga. Namun demikian, masalah-masalah tersebut dapat saya atasi secara beransur-ansur.

Afiq : Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan Encik Hakim . apakah rancangan-rancangan Encik Hakim pada masa yang akan datang?

Encik Hakim : Saya bercadang untuk mengeksport perabot dan kraf tangan yang saya usahakan ini ke luar negeri. Saya bercadang juga untuk mengajak pengusaha-pengusaha perabot dan kraf tangan yang lain bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini.

Afiq : Adakah Encik Hakim yakin bahawa rancangan ini akan berjaya dan mendapat sambutan daripada masyarakat di luar negeri?

Encik Hakim : Ya, saya yakin. Hal ini demikian kerana perabot-perabot yang saya hasilkan adalah daripada kayu-kayan yang bermutu tinggi. Selain itu, saya percaya bahawa seni ukirnya yang halus dan reka bentuknya yang unik akan menarik minat masyarakat luar untuk membeli perabot yang saya usahakan ini.

Afiq : Selain mengeksport perbot ke luar negeri, apakah rancangan lain yang mungkin dijalankan?

Encik Hakim : Saya bercadang juga untuk membuka cawangan kedai perabot di negara-negara Asia, khususnya di Filipina, Brunie Darussalam, Jepun, dan Korea Selatan. Saya bercita-cita juga untuk memperluas pasaran perabot ini hingga ke Amerika syarikat dan negara-negara Eropah.

Afiq : saya mendapati bahawa Encik Hakim mengutamakan perabot yang berbentuk tradisional dan antik. Tidakkah Encik Hakim bercadang untuk mengusahakan perabot moden pula?

Encik Hakim : Pada masa ini, saya lebih mengutamakan perabot berbentuk tradisional dan antik kerana sambutan yang diberikan untuk perabot-perabot ini sungguh baik. Namun demikian, saya bercadang juga untuk mempelbagaikan reka bentuk perabot tersebut pada masa akan datang.

Afiq : Akhir sekali, apakah pesanan Encik Hakim kepada pembaca majalah ini?

Encik Hakim : Saya berharap agar mereka yang meminati bidang ini akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh. Mereka perlu menjadi lebih kreatif juga. Tegasnya, kegigihan seseorang itu akan menentukan kejayaannya dalam apa-apa bidang sekali pun.

Afiq : Nampaknya setakat ini saja wawancara kita kali ini. Terima kasih sekali lagi kerana Encik Hakim sudi meluangkan masa untuk diwawancara.

Encik Hakim : Sama-sama.

Wawancara Afiq dengan Encik Hakim berakhir pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Selepas itu, Afiq pulang ke pejabat untuk menyiapkan rencana tersebut.